Monday, October 26, 2015

Saturday, May 2, 2015

Review buku Tarbiah Sentap !

Assalamualaikum wbt.
Memandangkan tengah prepare untuk masuk matriks ni, aliah rasa elok aku brainwash otak dengan benda yang bermanfaat. Lia start beli buku pasal agama banyak2. Lia ni bukan jenis yang suka membaca but entah macam mana, buku yang elok inti patinya boleh kamcing la. I dont know whether i can classify myself sebagai orang yang dapat hidayah sebab berubah kepada agama dengan drastik. Because, kawan2 lia je tahu lia ni perangai, nauzubillah.. Budak layan lagu hardcore tegarrr

Okay, tujuan nak review buku tarbiah sentap ni, sebab memang patut korang baca! Time lia tengah asingkan diri dari sume orang (bcs i dont want any bad vibes surrounding me), lia beli lah buku tarbiah sentap ni secara online. Tapi sedaya upaya cari masa nak baca sebab kerja kat kedai makan (nak kumpul duit, beli buku banyak2 T__T) , and yeah. Dapat jugak habiskan dengan jayanya dan sesentapnya.

katil sepah dengan buku

isi kandungan
how on Earth I can found this book?
Okay, time lia nak step keluar dari 'keindahan dunia' yang berlandaskan nafsu dan hiburan. Takde hala tuju. Awal bulan 3, lia muhasabah sorang and sebak teramat sebab tak tenang. Lia terus delete lagu hardcore, block account lelaki kat instagram, twitter, facebook, I reset my phone. I deleted all my SONGS. My chemical romance, pierce the veil, twenty one pilots, all time low, avenged sevenfold, bring me the horizon and etc (BANDS) sebab lia suka bands and gemar pergi gig & concert and ambik tahu pasal bands. Asal boleh, whole album diorang lia hafal, lirik hafal, time exam bila buat essay mesti masukkan lirik yang boleh kamcing dengan ayat (tapi alquran dgn hadis tak pula, sedih) sampai dapat A utk English ha ha ha. Okay kesimpulannya, lia tetiba buang benda2 tu dari hidup lia sebab lia bergantung sangat kat benda unsur hiburan. I want to make a change. DRASTICALLY AND IN PROPER WAY.

Kat instagram, lia follow account yang ada unsur penghijrahan, HIJRAH. Yang ado cerpen pasal perubahan, and benda elok la, tup tup jumpa account insta yang jual buku agama. Actually lia follow gak pasal Tarbiah Sentap kat twitter. Ada gak fikir, "syadid lah bhai" sebelum bulan 3. And I read their blog too. Still have the same perception. Kat insta, I found their books. Selalu sold out. Selalunya benda selalu sold out ni, benda yang menarik perhatian. So, beli jelah kat kedai online yang lain.

Bila dah dapat, baca baca baca. Memang sentap. Sangat. SENTAP. Thanks laa Ustaz Adnin. How concern you are to us (even ada yang dah ditulis kat blog). Cara penyampaian yang sangat straight forward, hujah yang sangat bernas untuk melawan orang yang tak boleh nak terima apa yang Ustaz Adnin nak sampaikan. And lia tak consider apa yang Tarbiah Sentap ni tulis sebagai 'syadid'. I blamed myself for being stupid. Ic dahlah Islam, tapi hidup cam bukan Islam. Orang tegur sikit tak boleh nak terima. Cubalah terima kesalahan. Orang yang berilmu agama ni  yang boleh tengok kita ni macam mana. Allah SWT pula tengok kita macam mana? Astagfirullahalazim. Maafkan kami Ya Allah SWT. Maafkan kami, Nabi Muhammad SAW.

Orang cakap Tarbiah Sentap ni tak eloklaa, penyampaian tak berlandaskan sunnah laa, tulah nilah. Tapi fikir balik, cubalah hengkorang tengok umat sekarang, lagi2 remaja. Cakap elok2 lagilah diorang pijak kepala, ha ha ha (me too). So, secara sentapan ni, terus terang jelah, takyah nak berkias kias sangat. Well done, Tarbiah Sentap, sayangg gilo kat buku ni. Sangat particular kat bab ikhtilat, benda yang sangat susah untuk lia. But Alhamdulilah, whatsapp sekarang dengan perempuan je, ada lelaki whatsapp pun, ada tu block je and biarkan blue tick.

Kalau nak berubah, berubahlah cepat cepat. I know, it takes time. Mcm lia gak, dari form 4 nak berubah tapi susah sebab leka dengan hiburan. Kalah dek lagu dan ikhtilat. Dah ada niat tu dah cukup eloklah, tapi nape bertangguh? Yang penting niat! Bukan nak suruh orang impress dengan kite and kagum kite, no no no just no. Tapi bila niat cemtu, baikilah dah cukup baik. Baiki niat sebab Allah Azza Wajalla.

Nak berubah tapi tauhid (yakin dgn Allah) tak mantap? BACA BACA BACA. Korang sayang Allah SWT tapi tak rasa dia ada? BACA BACA. Surah yang Allah SWT wahyukan kepada Nabi Muhammad SAW pun berkenaan membaca. Cari Allah SWT, cari dan guna otak sebaik mungkin.
Kaji Al-Quran dan kaitkan dengan kehidupan. Ya Allah, kenapalah aku baru nak faham Al-Quran sekarang. Beli buku motivasi and pasal agama. Karya Hilal Asyraf, Aiman Azlan ke, pape jelah. (kalau boleh, ulama nye karya lah) Baca! Bukan baca buku fixi pelik lah novel cinta pejadah, u have to sacrifice kalau nak kenal Allah SWT even korang tahu pasal Allah SWT. Ambik tahu pasal Nabi-Nabi, bukan kenal cemtu je. Sirah pun kena concern gak (masa sekolah benci gila sirah, tapi sekarang suka gilaa).

Nak berubah tapi tak kuat/ tak boleh? Tinggalkan benda yang boleh menghalang anda berubah! YANG ADA UNSUR MAKSIAT! Macam lia, lia tinggalkan entertainment, lia tak layan band/lagu, tak layan drama, langsung! Memang sakit tapi sekarang dah rasa manis dia. Tak menyesal. Pastu, kawan dengan orang yang baik!! I have a story to share... 


Izzati Aireen, gerangan diberi, kk shes my classmate masa form 5 and I'm really into her. Lia taknampak pun dia punya jahat tu sampai sekarang. Hati lia ni nak sangat rapat dengan dia even dia introvert. Even teruk lia mcm mana, lia nak rapat dengan dia and tegur dia.
And now I wonder, time lia nak berubah, dia banyak tolong lia, Ya Allah. Baik sangat zati ni. Dia banyak support lia, dia ajak lia masuk usrah. Tak terfikir kot ada kawan macam ni. Tak pernah ada..(but dah ada). Terima kasih, Ya Allah sebab kurniakan rasa nak rapat dengan orang soleh :)

Alhamdulillah. Allah SWT sayang lia. Lia bukan tak kawan dengan kawan2 lia yang kasi lia bad vibes tu, tapi avoid la. Tak putuskan silaturahim. Tapi tahlah, avoid avoid avoid jela.
Baiki perangai. control anger. Dan yang penting sekali, doa supaya kita dikurniakan taufiq dan hidayah Allah SWT. Husnudzon (bersangka baik) dengan Allah SWT. And ingat, kita akan sentiasa diuji bila nak berubah. kena kental. Susah2 dahulu, senang2 kemudian. Mungkin bukan kat dunia, tapi dekat akhirat :D

Sedar tak sedar, lia makin sayang Islam. Indah sangat. Bertapa sayangnya Allah SWT kat hambanya, kat perempuan, Allah SWT suruh tutup aurat (cover dada, labuh, baju longgar) supaya mata lelaki tak memandang. And sebab ni lah, lia boleh ubah secara drastik bab pakaian. Tudung tu lia memang pakai bidang above 50 ( bawah bahu). Seluar takut nak pakai bila keluar, baju kurung and jubah je mampu.. handsock and stokin pakai jugak. Adalah jugak orang yang lia rapat judge lia yang lia ni hipokrit, tak slow2 nak berubah. Sebenarnya slow je, tapi baiki luar dulu.. tapi lia kena tan tan lah kene judge, orang yang lia pernah sayang sebelum hijrah pun fikir lia hipokrit. Nevermind, i take it as a challenge. Allah SWT uji, uji, uji. Then lia tinggalkan orang cemtu sebab pengaruh tak elok.

Its all about niat berubah and sejauh mana usaha nak berubah, sejauh mana kau sayang Allah SWT. Kalau sayang, kau akan patuh, PATUH TANPA SEBARANG KOMPROMI.

Sepanjang lia nak berubah ni, apa yang Ustaz Adnin tulis dalam Tarbiah Sentap ni sangat berkait sangat dengan kehidupan lia. Lia bukan budak sekolah agama, lia bukan dari keluarga yang warak. And lia pun tak leh baca quran and hafal cam budak lain, tak khatam, lia ada gak bad past sampai sekarang masih segar dalam otak. Dulu lia salahkan takdir, tak boleh terima nape lia bukan nilah, tulah. Tapi fikir balik, ni lah ujian. Bad past menjadi pengajaran supaya kita tak ulangi benda yang sama. Lia suka quote ni ;

"Sometimes, the people with the worst past, create the best future..." - Umar AlKhattab

Haa itu sahaja. Maaflah terpesong. Must buy this book. Beli buku ni. Siapa nak berubah, belilah buku Tarbiah Sentap ni. Tak menyesal. Bila korang takleh terima apa yang dibaca dalam buku ni, checklah diri korang balik. Duk pikir leklok.

Assalamualaikum wbt.